Khamis, 7 Julai 2011

BILA MENJELANG 40 an...

Bila menjelang umur 40an...cabaran sang helang melangkah ke hadapan......bagaimana persiapan kita sebagai insan...

Ini nak ceritakan bahawa sang helang boleh mencapai sehingga keumurnya 70 tahun. Entah-entah lahir sama kita, kita yang mati dulu. Walaupun umurnya panjang tetapi keputusan itu dibuat semasa umurnya 40 tahun. Rupanya ada rahsia semasa berumur 40 tahun. Patutlah orang-orang tua kata, umur dah 40 tahun tue berubahlah, kalau malas solat, rajin-rajinkanlah. Yang baca ini umur 40 tahun tak?
Semasa umur 40 tahun burung helang perlu memilih antara 2, satu hidup lagi selama 30 tahun atau tunggu mati. Kenapa? Bila umurnya 40 tahun, kukunya sudah tumpul. Paruhnya dah terlalu panjang dan kadang-kadang ada yang dah hampir bertemu dada. Nak terbang berat kerana sayapnya berat dengan bulu yang banyak. Maka, untuk terus hidup dia perlu bermujahadah, berkorban dan menderita. Membuat perubahan yang memerlukan keberanian dan kesabaran yang tinggi. Burung helang tadi akan pergi ke bukit yang tinggi dan duduk di satu tempat di kawasan yang berbatu. Mula-mula dia akan mematuk batu sehingga paruhnya tercabut. Kemudian dalam masa 120 hari ia terpaksa tunggu paruhnya tumbuh. Setelah tumbuh ia akan mengunakan paruhnya untuk mencabut kukunya satu persatu… oohhhhhh. Bayangkan kuku kaki kita tercabut.. bagaimana? Kalau kuku kita dicabut? Subhanallah. Setelah selesai tunggu lagi sehingga kukunya tumbuh.Selepas itu, setelah kukunya tumbuh ia akan gunakannya untuk mencabut bulu-bulu dibadannya. Selepas 5 bulan bulunya tumbuh dan dia kembali kuat dan hebat meneruskan hidupnya selama 30 tahun. Subhanallah… kenapa helang begitu berani dan sanggup menghadapinya. Kerana kebenaran, bahawa selepas semuanya, hidupnya masih ada 30 tahun.

Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW, baginda antara lain menyatakan: Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah.” (Riwayat Tabrani, menurut ahli hadis ini daif, namun masih boleh diterima kerana maksudnya mendorong kebaikan). Maka, berhati-hatilah pada usia 40, kerana ia adalah penentu sudahnya sebuah kehidupan.

Secara literal, maksud hadis di atas memberi ingat kepada kita agar menjadikan angka 40 sebagai titik perubahan (turning point) dalam kehidupan. Pendeknya, menjelang usia 40 maka setiap manusia wajar memuhasabah diri, lalu menjalankan koreksi (membaiki diri). Adakah selama ini kita lebih cenderung kepada kebaikan atau sebaliknya.Adakah selama 39 tahun lalu diari kehidupan kita dipenuhi catatan positif lebih banyak dari lakaran negatif. Secara spesifiknya, solat lima waktu kita sudahkah genap atau masih banyak lompangnya, cara kita berpakaian benar-benarkah mematuhi piawaian syariat, sedekah dan zakat sudahkah menjadi agenda kita, tuntutan fardu kifayah seperti solat berjamaah, memenuhi majlis ilmu di rumah Allah dan sebagainya lagi sudahkah tertunai semuanya?

Ini kerana, jika selama usia 39 tahun kita masih gagal memenuhinya dengan amalan yang baik, maka dikhuatiri diri terus merasa selesa dengan perkara negatif. Jika selama ini kita suka mengujungi kelab-kelab malam misalnya, andaikan pada usia mencecah 40 masih belum berubah, maka mungkin sampai keusia tualah kaki masih mahu ke sana. Alangkah malangnya, kerana masa terbuang begitu sahaja. Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk keluarga, membantu anak-anak mengulangkaji pelajaran dan sebagainya pupus ditelan muzik yang bingit.

Sebab itulah, Islam amat menekankan agar umatnya sentiasa memuhasabah diri. Mari kita kaji lagi, rupa-rupanya di dalam sejarah juga mencatatkan, bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri menerima wahyu yang pertama pada usia baginda 40 tahun. Sejarawan menyatakan, dengan turunnya wahyu maka itulah batas antara zaman jahiliyah dan zaman Islam. Turunnya wahyu menandakan bermulanya zaman Islam. Sejak itulah, Islam terus berkembang dan menggantikan era jahiliyah yang mendominasi umat Arab sebelum itu.

Sebab itulah, bagi mereka yang selama ini terus berulit dengan jahiliyah (sukakan perkara yang negatif) perlu menjadikan usia 40 sebagai garis pemisah. Paksalah diri untuk kembali ke pangkal jalan. Tinggalkan segala kejahatan dan kejarlah kebaikan. Jadikanlah 40 itu sempadan diri, antara kejahatan dan kebaikan. Antara kemalasan dengan kerajinan. Antara kepongahan dan ketenangan. Antara kekacauan dengan kebahagiaan.
Nabi Muhammad SAW juga meninggalkan pesan, kata baginda: “Dua nikmat yang manusia sering lalai dan alpa, iaitu kesihatan dan waktu (atau usia) yang Allah berikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Memang benar, selalunya sebelum mencecah usia 40 kebanyakan manusia masih merasa begitu kuat dan hebat. Wanita, potongan badan masih anggun, pinggang masih ramping. Jika lelaki misainya masih melintang, jalannya pula tegak dada membidang. Jarang benar kita mengunjungi klinik atau hospital, kerana jantung masih kuat dan darah tinggi masih terkawal. Makan apa pun semuanya sedap, semuanya lazat.

Tiba-tiba, merangkak sahaja usia 40 maka segala macam penyakit pun datang menerpa. Kencing manis tumpang bertandang, sakit pinggang tumpang berteduh. Migrain menjadi teman bersembang, darah tinggi tumpang sekaki. Jantung sudah pandai merengek, kaki pula asyik berdengket (gout). Maka, mulalah episod sakit-sakit dalam diari kita. Ditempias hujan sudah tidak tahan, asyik demam siang dan malam. Kepala sudah selalu pening, maka mulalah dunia terasa berpusing. Makan apa pun mulai hambar rasanya.

Sebab itulah, usia sebelum 40 amat bermakna untuk kita bazirkan. Sebaliknya, ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Pada ketika itulah, peluang untuk kita membina diri dan keluarga terbuka luas. Maka, rancanglah masa hadapan dengan jelas. Sasarkanlah angka 40 sebagai titik keseimbangan diri. Maka, pasti kita tersengih sepanjang hari apabila usia kita melewati angka 40 kelak, kerana ketika itu kita sudah mampu menuai segala hasil yang kita canai. Anak-anak sudah ke universiti, punya rumah dua biji, kita dan isteri sudah pun naik haji, simpanan dalam bank sudah mencecah ribuan digit dan sebagainya lagi. Itulah perkara yang kita patut sangat semat dalam diri.

Sebelum noktah mengambil tempat, umat Islam wajib sentiasa menilai diri. Adakah selama ini kita sudah berada di zon yang diredai Allah atau sebaliknya. Jika kita sudah berada di zon ‘hijau’, maka bersyukurlah. Teruslah konsisten dengan amalan yang baik, mudah-mudahan usia 40 akan terus menakah ke angka-angka seterusnya dengan penuh catatan kebaikan. Bak kata Umar Al-Khattab: semaklah diri setiap malam sebelum kita disemak Tuhan di hari pengadilan. Wallahua’lam.

Sabda Rasulullah saw :
“Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba ditanya tentang empat perkara : tentang umurnya dimana ia habiskan, Masa mudanya bagaimana digunakan, hartanya dari mana sumber dan bagaimana dipergunakan dan ilmunya apakah yang diamalkan.” ( Riwayat al Tabarani dan al-Bazzar; )

isyaallah korban masa dijalan allah 3hari...10hari..40 hari...4 bulan ...sepanjang hayat..amin.