Selasa, 6 April 2010

Bahana rokok....

Siapa Nak Berhenti Merokok.






Perkara Utama.



1.adakah kita seorang yang beriman kepada allah dengan berpegang kepada ajaran islam ,bersandarkan rukun iman dan rukun islam serta memahaminya ?



2.adakah kita seorang yang bermaruah,dan sentiasa menjaga maruah ?



3.adakah kita seorang yang adil ?



4.adakah kita seorang yang bijak atau berakal waras ?



5.adakah perkara-perkara utama diatas dijawab, …ya ?



jika …ya ,teruskan membaca.



Secebis kenangan….



15 tahun yang lampau saya seorang perokok yang tegar…..

Suatu hari mendapati anak saya yang sulung telah mula menghisap rokok diusia 13 tahun…. Nah… apalagi saya pun naik angin dan terus menghukumnya dengan merotannya berulang kali….apalagi..terjerit teraunglah sianak tadi kesakitan….tiba-tiba timbul rasa dalam hati ,saya telah berlaku tidak adil kepadanya…kerana sianak merokok ayah rotan ,bila ayah merokok ayah tak kena rotan…lantas terfikir sebenarnya kelak siayah ini akan kena rotan lebih teruk lagi nanti….



Dengan rasa bersalah kerana tidak berlaku adil tadi,lantas saya pun mengeluarkan rokok yang didalam saku, meramasnya dengan kuat sambil berkata …mulai hari ini kita sama-sama berhenti merokok….

Sejak hari itu saya pun tak mau lagi merokok,begitu juga dengan anak saya itu….. alhamdulillah…





Kisah kedua….



Kawan saya seorang yang agak warak orangnya dan dah bertitle haji… suatu hari…lepas solat subuh kami meneruskan perjalanan pergi memancing di Sungai Rompin Pahang .masa solat tadi dia jadi imam dan saya makmumnya.



Dia memang seorang perokok yang tegar juga,dia mempelawa saya dengan menghulurkan rokoknya kepada saya untuk saya hisap, saya menjawab… saya dah berhenti merokok…merah padam mukanya …lantas bertanya dah lama ke berhenti …saya jawab ,lama dah….terus dia mencampakkan rokok yang dah terpasang dibibir dan yang tersimpan disakunya..sambil berkata ,aduh…malunya aku pada kau….mulai hari ini aku pun tak nak lagi merokok katanya…sambil menghulurkan tangan terus bersalaman dengan ku….



Kesah ketiga….



Aku menghantar kawanku untuk akad nikah disebuah mesjid…

Pak imam bertanya kepada kawanku itu…adakan saudara merokok…kawan ku jawab ya…saya merokok..pak imam bertanya bagaimana bakal isteri awak merokok juga ke ?..jawab kawan ku, tidak..dia tak merokok…kalau begitu awak suruh dia mula hisap rokok., sebab jika tidak nanti kamu akan dihukum sebab tidak berlaku adil terhadap isteri awak…awak bakal jadi ketua dalam keluarga awak nanti,perbuatan awak akan dituruti nanti….nah hari ini ….anak kembar kawan saya itu baru berusia 8 tahun dah mula menghisap rokok…..

Amat benar saranan pak imam tadi…baru sekarang nak berhenti merokok,anak pula dah mula nampak degil,dada pun dah mula sakit-sakit…..apa nak buat mungkin hukuman dan mula tiba…..cakap orang berilmu tak nak dengar….



Kesah keempat



Seorang kawanku,peniaga bijak berbicara,banyak wang dan ramai rakan taulan.berhajat untuk berhenti merokok..



Lantas ku ajukan kepadanya semua persoalan utama tadi…semua nya dijawab…ya…benar…

Pengalaman ku, semua perokok adalah …ego..apalagi jika ada ramai perokok bersamanya ketika itu…

Aku mula bercerita kesah ku berhenti merokok, dia menjawab aku belum ada anak lagi…katanya.. o.k…lah…esok-esok macam mana kataku…



Dia mendakwa rokok Cuma makruh..macam petai atau jering..aku jawab tidak…kataku rokok itu haram..merokok dapat dosa.dia menghujah aku terus memberi penerangan akhirnya dia bersetuju dan terus berazam dan berhenti merokok.walaupun mulanya air hidung meleleh sebab tak dapat rokok….nak tahu apa hujahku… kalau nak tahu teruskan membaca…



Jika rokok itu makruh.



1)makruh ditambah kemudharatan( akibat rokok) =haram

2)makruh+bencana pada pada diri ( penyakit)= haram

3)makruh+pembaziran (rokok mahal)= haram

4)pembaziran = perlakuan syaitan= haram

5)tidak berlaku adil= haram.



Jika rokok itu halal.



1)apabila kita menghisap rokok kesihatan kita semakin baik,orang disekeliling kita juga turut beroleh kebaikan dan minta kita terus merokok ,lagi banyak dihisap lagi banyak kebaikan.

2)Semakin kita mengisap rokok semakin banyak membawa manfaat kepada kita .

3)Semakin banyak kita merokok semakin senang kita disudut kewangan( ekonomi ).





Itu saja kataku padanya…bagaimana sekarang ?.apa pandangan awak adakah rokok itu masih makruh atau haram atau makruh yang membawa kearah halal…

Aku suruh dia berfikir sendiri mencari jawapan….

Lepas 3 hari dia beri jawapannya…aku dah berhenti merokok…



Bagi anda yang masih merokok,bacalah tulisan rengkas ini berulang kali. Ego anda dapat dikurangkan atau terus terhindar. Cubalah jika anda berniat untuk berhenti merokok.



Untuk tulisan rengkas ini tiada di sertakan gambar yang menarik, kalau nak tenguk gambar tersebut,lihatlah dikotak rokok anda itu….’’’.
 
kisah diatas aku copy paste daripada email yg di hantar oleh seseorang....so aku pun berminat gak nak kongsi kisah diri aku yang memang kaki rokok gak...aku mula isap rokok ne ketika berada di tingkatan 3 masa tu try cuba test jer...tengok member aku isap maser balik sekolah cam sedap jer aku pon pangkah la rokok dia..bila aku naik tingkatan 4 aku dapat masuk asrama...kat pantai timur...maser tu aku dah jadi penghisap rokok sejati lar ari-ari mesti isap rokok sekotak..sampe lar umur aku 27 tahun aku ader keinginan nak berenti... pasal nak ubah idup aku setelah kawin...aku berenti maser tu guna mind set jer...beli rokok tu satu pembaziran duit tu leh beli mcm2 benda yg berfaedah tuk  famili aku..aku berjaya berenti ..tapi masalah nyer berat badan aku naik cam belun drpd 70 kg terus naik dgn pantas nyer dlm maser 3 bulan pas berenti kpd 98kg...dan ditambah lagi  aku kena darah tinggi...tiap minggu kena ge medical cq up....pastu kena makan ubat darah tinggi...ubat kawal kolestrol..aku cuba control pemakanan aku tapi samer jer....maser umur aku 30 tahun aku diarahkan tukar department kat tempat keja aku...kena wat marketing...aku start isap rokok balik ....dan setelah beberapa bulan isap rokok balik tekanan darah aku menurun jadi normal lak tak yah nak makan  ubat darah tinggi lagi...n berat badan aku pon menurun 18 kg ..seterus nyer setelah umur aku meningkat ke 35 tahun sekali lagi aku cuba berenti....sbb rokok naik harga dan timbul kesedaran merokok ne satu pembaziran ...setelah 3 bulan aku berenti...tetiba bila aku bangun pagi....penglihatan aku jadi tak jelas...semua benda aku nampak jadi 2 (double vision) aku jadi gabrah tak tau nak wat camner tapi bila aku tutup salah satu drpd mata aku ..guna sebelah mata jer lar cam pirate....pandangan aku jadi normal....terpaksa lar aku kenyit kan mata aku....setelah beberapa minggu tak yah nak kenyit lagi mata aku ne secara automatik nyer terkenyit sendiri...bila aku ge klinilk doktor kata mungkin msalah darah tinggi...so aku  kena makan ubat darah tinggi lagi...setelah beberapa hari makan ubat darah tinggi takde apape perubahan pon..doktor kata kena refer pakar mata...so bila uat treatment kat pakar mata setelah 2 minggu mcm-mcm  ujian dan last sekali kena uat mri..doktor  suspek aku ader brain tumor(ketumbuhan) pas 1minggu result mri kuar aku di sah kan normal x de ketumbuhan otak...lega rasenyer syukur alhamdulilah..tp penglihatan aku still prob lagi masih x selesai dan doktor masih x bekal kan aku ngan apape ubat pon..pastu pakar mata arahkan aku ge jumpe doktor pakar saraf....setelah mdpt rawatan dr mngesahakan aku ader masalah urat saraf  ataupun nama saintifik nyer MG camtu lar lebih krg...mcm ubat lar aku kena makan cam stereod dll..setelah 1 bulan aku dpt rawatan bru mata aku pulih...dan terpaksa bergantung ngan ubat seumur idup peh...entah camner dua tiga bulan lepas aku try isap rokok balik tapi terkawal lar....dan aku try x makan ubat ....keputusan nyer ok...pengelihatan aku ok jer sampe skrg.....jadi mau x mau skrg aku terpaksa isap rokok...tapi satu hari dlm 2-3 batang jer lar....camner pon aku tetap ader azam nak berenti isap rokok..gak...

1 ulasan:

  1. alhamdulilah pada tanggal 16/3/2011 ketika umur aku 36 tahhun 7 bulan aku berjaya berhenti hisap rokok hingga ke hari ini...dan insyaalah sampe akhir hayat aku akan terus berhenti isap rokok...bebaskan diri dari cengkaman rokok...azam berhenti kerana nak cari keredhaan allah...dan alhamdulilah setakat ne tak de ape2 effect kpd kesihatan aku....

    BalasPadam