Isnin, 3 Mei 2010

ungkit.....

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.




Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya." Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.



Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.



Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa yang ! membuat anda menangis?" Baginda menjawab, "Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat."

Ketika Nabi Ibrahim menziarahi menantunya, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.


Kemudian terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?

Menantu : Aku isteri Ismail.

Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?

Menantu : Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?

Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak

pernah senang dan lapang.

Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.

Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan

supaya menceraikan isterinya).

Menantu : Ya, baiklah.



Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.



Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawabanmu?

Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam

kesempitan, tidak pernah senang.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam

kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.

Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.



Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahasia rumah tangga kepada orang luar.



Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail nikah lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.



Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?

Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?

Mudah-mudahan dalam kesenangan?

Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,

tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.

Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan

sedikit makanan.

Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu : ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.

Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka

dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,

Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah

berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kpdnya.



Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).



Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.



Nabi Ismail : ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?

Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya

sepertimu.

Nabi Ismail : Apa katanya?

Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.

Nabi Ismail : Apa jawapanmu?

Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada

apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.

Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?

Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu

mengekalkan tiang pintu rumahmu.

Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang

dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku

kekalkan.

Isteri : Alhamdulillah, syukur.



Berpandukan sejarah tersebut, dapat ditegaskan bahwa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:



“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)



Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:



“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)



Begitulah, untuk menyediakan diri sebagai isteri salehah, hati kita hendaklah sentiasa dipenuhi dengan kasih sayang rabbani. Contoh teladan yang sepatutnya jadi rujukan kita ialah sejarah kehidupan nabi serta orang saleh.

Orang yang suka mengungkit ni tiada keikhlasan di hati semasa menghulur tangan meringankan beban orang lain. Biasa la isteri mengungkit sebarang bentuk pertolongan yang diberi kepada suami bila suami itu tidak memenuhi keperluan isteri. Mungkin isteri tu menolong suami dengan mengharapkan balasan tapi malangnya lain pulak yang isteri tu dapat. Itu yang jadi ungkit-mengungkit sampai pinjam duit lima sen pun nak diungkit. Isteri tak usahlah berperangai seperti kanak-kanak. Berfikiran matang. Yang dibantu tu kan suami, bukan orang lain. Buruk-buruk pun suami. Biarlah suami meminta tolong dengan isteri daripada suami itu meminta pertolongan dengan orang luar. Bila suami minta tolong dengan orang luar terutama wanita, isteri janganlah pulak cemburu. Dengan siapa lagi suami tu nak mengharap kalau tak dengan isterinya. Isteri kan insan yang paling hampir dengan suami. Jadi, fahamilah masalah suami. Biar Allah S.W.T yang beri ganjaran jika suami tak nak beri ganjaran atas segala bentuk pertolongan suami. Ungkit-mengungkit, say "NO". Redhakan ajelah segala pemberian/pertolongan.




Membantu orang yang tengah susah amatlah digalakkan. Jika isteri nak bantu pun sebaik-baiknya biarlah dengan pengetahuan suami terlebih dahulu supaya tidak timbul syak-wasangka atau fitnah di belakang hari. Biar suami tu tahu betapa penting dan bernilainya suami di mata dan hati isteri. Betapa isteri menghormati suami, jika suami izinkan, teruskanlah. Jika tidak, janganlah curi-curi membantu takut tak berkat jadinya. Jika suami yang baik, awal-awal lagi suami itu akan meredhai apa yang isteri itu buat selagi tidak melanggar batasan. Isteri dapat pahala, suami pun dapat pahala. Berkat rumahtangga. Wassalam.

Keluarga tak bahagia bila setiap orang mengungkit hal orang lain tentang tanggungjawab mereka. Bila suami tak bertanggung jawab isteri akan mengungkit. Bila isteri tak bertangggung jawab suami akan mengungkit. Ungkit mengungkit berterusan sehingga keluarga kecoh & bercerai berai akhirnya.


Bagi saya apa yang perlu adalah kita buat yang terbaik untuk diri kita. Kita jaga tanggung jawab kita. Kita laksanakan tanggung jawab kita sebaik mungkin.

Bila kita dapati ada yang tak laksanakan tanggung jawab mereka dengan baik contoh suami yang tak jalankan tanggung jawab dia..maka tugas isteri adalah memberi nasihat sebaik mungkin...bukan dengan cara mengungkit sebab bila mengungkit akan menambahkan sakit hati suami...sama juga bagi suami yang dapati isteri tidak laksanakan tanggung jawab dengan baik..maka teguran perlu diberikan...

& yang penting jangan lupa selalu panjatkan doa supaya keluarga bahagia sentiasa.

Setiap yang hidup pasti ada dugaan...dugaan untuk menguji tahap keimanan kita...mudah2an kita berjaya menngatasi dugaan tersebut :insyaallah...
Seorang Isteri Tidak Boleh Mengungkit-ungkit Apa Yang Pernah Ia Berikan Dari Hartanya Kepada Suaminya Maupun Keluarganya.




Karena menyebut-nyebut pemberian dapat membatalkan pahala. Allah Ta’ala berfirman:

“Artinya ; Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu merusak sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima).” [Al-Baqarah : 264]


 Seorang Isteri Tidak Boleh Menyakiti Suami, Baik Dengan Ucapan Maupun Perbuatan.



Seorang isteri tidak boleh memanggil suami dengan kejelekan atau mencaci-makinya karena yang demikian itu dapat menyakiti hati suami.



Kenapa berlakunya ungkit-mengungkit??




Kerana pasangan suami isteri tersebut mempunyai expectation yang tinggi pada pasangan masing2,

mereka terlupa bahawa belahan jiwa mereka itu bukanlah manusia sempurna,

masing2 melengkapi antara satu sama lain,



ikhlas itu bukan lah pada kata semata,

ikhlas itu hanya lah bernama ikhlas setelah dibuktikan dengan amal

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,




“Artinya : Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dari para bidadari Surga akan berkata, ‘Janganlah engkau menyakitinya. Celakalah dirimu! Karena ia hanya sejenak berkumpul denganmu yang kemudian meninggalkan- mu untuk kembali kepada kami.” [20]

MUNGKIN kita biasa mendengar isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan untuk memastikan kelancaran rumah tangga. Mengapa isteri mengungkit?




Dalam hal ini, tidak hairan jika sesetengah isteri mengungkit setiap benda yang dilakukan jika suaminya langsung dan buat-buat tidak nampak pengorbanan yang dilakukan isteri.



Lebih malang lagi, isteri sudah banyak berkorban sejak mula bercinta sehingga mendirikan rumah tangga dan memperoleh anak yang banyak, tetapi si suami masih tidak tahu menghargai, sebaliknya asyik menyalahkan isteri dengan menuduh isteri tidak pandai mengurus rumah tangga.



Justeru suami harus tahu di manakah punca dan bagaimana untuk mengelak isteri daripada mengungkit dalam keadaan marah. Berikut beberapa tip untuk menghargai isteri.



1. Isteri bukan pembantu rumah



Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.



Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.



2. Ingat tarikh penting



Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.



Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.



Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.



Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'



3. Isteri adalah manusia



Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.



Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.



4. Ringankan tugas isteri



Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.



Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.



5. Bawa isteri berehat



Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.



Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.



6. Ciuman khas



Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.



Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.



7. Penuhi hajat isteri



Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.



Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.



8. Beri pujian kepada isteri



Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.



9. Dengar pendapat isteri



Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan. -













Tiada ulasan:

Catat Ulasan