Ahad, 8 Mei 2011

keja part time...carik duit lebih...??

buat sesuatu yang boleh menambah pendapatan...ntah tak tau...mlm...dah serik...meniaga...tak tau nak meniaga ape n modal krg...agen..insurans...bidang ne jer aku lum try tapi tak atau lagi camner....masih keliru..dan risau dgn bayangan silam...
...ada kawan penah nasihatkan aku suatu ketika dahulu..kira-kira 10 tahun lepas...katanya..kita ne  orang islam kena yakin rezeki tu allah dah tentukan jika allah dah bagi rezeki pada suatu pekerjaan kena bersyukur nanti pasti allah tambah...rezeki yang berkat tu bukan banyak tapi mencukupi keperluan hidup kita, sikit pun cukup banyak pun cukup.....dan sebaik-baiknya tak payah la buat kerja part time @ kerja sampingan...bila buat camtu seolah-olah macam tak yakin dengan janji rezeki allah....buat satu pekerjaan dah memadai...takut-takut nanti bila buat kerja part time tak de masa untuk bekalan akhirat sebab masa banyak di gunakan unutuk carik duit lebih sahaja...dan nak korban masa agama untuk allah pun agak sukar.
...bila di fikirkan ada betulnya jugak nasihat dari kawan aku tu...lama aku tak jumpa dia...ntah kat mana sekarang ...semoga allah merahmati dia amin...buat masa sekarang ne kehidupan(sudut kewangan) aku ok alhamdulilah.....cuma hutang jer ada yang belum selesai....aku tawakal je ..biar masa yang menentukan samapi masa insyallah selesai....
....baru-baru ne aku ada jumpa kenalan lama...yang secara tak sengaja terserempak di tempat kerja aku kebetulannya aku masa tu pun tengah bingung fikir pasal hutang...jadi aku bersembang dgn kawan lama aku tu ....lagi pun dulu dia memang satu tempat kerja dengan aku (bukan tempat kerja sekarang)..dulu dia berenti keja sebab nak fokus jadi agen insurans ...5 tahun lepas tu aku lak berenti kerja...aku dengar dia dah set up syarikat mlm...pastu senyap sampai ....cuma tahun lepas aku penah berselisih kereta dengan dia terperasaan cam dia bawak bmw maser tu..jadi bila aku dapat jumpa dia baru-baru ne..dia pun bercerita la riwayat hidup dia lepas berenti keja nak fokus jadi agen insurans tapi ntah camner ada kawan ajak set company mlm..sebab buat insurans lambat nak jadi kaya...selepas beberapa tahun running ...syarikat.. mlm pun terlingkup...hutang keliling pingang...kereta kena tarik ..pakai motor jer...nasib baik isteri kawan aku ne keja cikgu...leh lar cover dia sikit..ntah camner 5 tahun lepas kawan aku ne...menceburi semula bidang insurans tapi dah tukar kepada takaful...dipendekan cerita dia bangkit semula buat takaful dari pakai motor sampe dapat pakai bmw... setiap tahun dapat melancong dan dah 2 tahun buka agensi sendiri... sekarang ne ...tengah rekrut ramai agen di bawahnya...
....dia pun offer aku untuk jadi agen takaful secara part time....pada mula tu aku macam semangat jer nak buat...tapi ntah la..sejak 1-2 minggu ne aku kurang sihat...jadi perkara ne masih kiv lagi...aku dah solat istiqarah mintak petunjuk...tapi perasan tu masih berbelah bahagi lagi...tak pasti..klu ikut pengalaman berniaga tu memang ade...cuma sekarang aku dah keja makan gaji balik...jadi masa tu jadi faktornya...
..minggu lepas aku balik kampung sebab pak long aku meninggal dunia....jadi terjumpa la dengan pak su aku yang penah berpengalaman jadi agen insurans satu ketika dulu...tapi sekarang dah tak buat lagi..aku berkeempatan berbual dan bertanya dengan pak su aku ne kenapa stop jadi agen...katanya salah satu sebab di berenti buat sebab katanya bukan senang nak dapat costumer yang sentiasa kekal..bayaran premium bulanan ...kekadang paling lama setahun jer...lagi pun pelanggannya terdiri dari yang ambil bayaran yg rendah...dan satu lagi jadi agen tak boleh santai ..akhirnya kena pilih samaada makan gaji atau fokus sepenuhnya jadi agen...satu lagi setiap tahun mesti ada sekrg-krgnya 10 pelanggan..
.....jadi alasan paksu aku tu ada logiknya jugak...lagi pun pasti kena korban masa...dan kata kawan lama aku yg buat takaful tu...tak ramai agen part time yang berjaya dibawahnya.....
.....masa pun dah time nak solat asar...semoga allah bagi petunjuk..
salammmmmm..........

...

Khamis, 5 Mei 2011

sambungan ....

kekadang rasa bingung dgn diri sendiri....kenapa aku susah nak lapangkan masa utk agama allah...
tetanya pada diri sendiri apa maksudnya allah hantar aku ke dunia ne....??
aku ne cuma insan yg lemah...kekedang rasa brsemangat ...kekdg rasa lemah....
suatu ketika aku penah amik keputusan berenti kerja n buat peniagaan dgn harapan nnt ade byk masa dan bebas tak terikat..tapi sebaliknya yg berlaku sbb aku kena bagi 2 kali ganda masa berbanding keja makan gaji sbb ....byk komitmen yg kena tanggung/bayar...hutang... jadi keja sendiri kena rajin cari peluang x kira dari siang sampe malam...selalunya aku bermusafir...sbb peniagaan yg aku buat memaksa aku bergerak dari selatan sampe pantai timur..
walaupun setiap minggu dpt itiqaf kat seri petaling sbb aku jual brg masa mlm markaz...tapi niat tuk keluar 40 hari lum terlaksana lagi...
rasanya dah lama sangat aku azam nak keluar 40hari ne...dah berbelas tahun azam..tapi masih lum terlaksana....lagi...setakat ne..
dulu masa keja mkn gaji setiap bulan boleh bagi masa keluar 3 hari dan penah keluar 10hari masa student...
tapi bila dh berenti keja..lain pulak jadik nyer ...keluar 3hari pun lompat-lompat..
mungkin sebab aku tak sanggup korban masa myebabkan jadi camtu..
akhir nya peniagaan yang aku buat terpaksa ...aku hentikan...sbb yg takleh nak cerita..mugkin lain kali bila dah sedia..nk share..
jadi la aku jobless...tak de keperluan....
....masalah gak nak keluar sebab x de belanja tuk keluar...kekedng keluar 3 hari korban duit pun krg...
tapi cuba yakinkan diri keluar jln allah ne pilihan allah bukan sbb duit @ masa dsb...

bersambung.......

Khamis, 7 April 2011

cabaran....



hidup mmg penuh cabaran terutamanya bila telah berumahtangga dan mempunyai anak, macam2 ujian yang ditempuhi.. rintangan ..halangan....tapi tu semua ujian hidup yang allah tentukan..sebabkannya allah letak kejayaan hidup kita sebenarnya di akhirat kelak...tapi kita selalu tersalah tafsir sehingga terlalu mengejar kejayaan dunia sahaja hingga terlupa janji allah di akhirat kelak...kita kekadang alpa hingga merasakan seolah-olah tiada lagi kehidupan selepas di dunia walhal kehidupan kita yang sebenarnya ialah kehidupan selepas kita dibangkitkan semula. sy sebenarnya juga manusia biasa yang tak lari dari buat kesilapan dan saya akui  banyak juga kesilapan yang saya telah lakukan dalam mengharungi kehidupan ini...kerap juga saya rasa tertekan dengan pelbagai masalah yang saya hadapi kesan dari kesilapan saya yang lampau semuanya gara-gara kesilapan saya menguruskan kewangan saya...dan kesilapan membuat keputusan..macam mana pun bila rasa tertekan dengan masalah saya akan cuba tarbiah diri sendiri salah satunya yakinkan diri masalah ne bukan masalah yang sebenar sebabnya ada masalah yang lebih besar dari masalah ini iaitu soal jawab kubur padang mahsyar titian sirat...seksa neraka... inilah hakikat masalah sebenarnya yang perlu saya buat persediaan dan saya yakinkan dirikan diri saya bila kita ada masalah allah ada bersama kita.. bila allah bantu kita tiada masalah pun yang dia tidak dapat selesaikan...allah ya rahman allah ya rahim....yakinkan diri selesai masalah dengan amalan agama....bila ada masalah yakin bahawa masalah boleh selesai dengan solat...bacaan al-quran...doa....
cabaran hidup sebenarnya boleh mematangkan diri....serta mendekatkan diri dengan allah...tu pun jika kita pilih cara yang betul camna nak settle masalah...terpulang tepuk dada tanya  selera....anjakan paradikma kadangkala memerlukan pengorbanan...peralihan hidup...revolusi semuanya memerlukan pengorbanan...dan cabaran yang pasti ianya perlu ditangani dengan cara yang betul barulah dapat hasil yang baik...
allah boleh selesai masalah dengan jalan yang tidak disangka-sangka, di luar kotak pemikiran kita dan tak dijangka....
cabaran setelah berumahtangga merupakan sesuatu yang manis untuk dikenang hingga akhir hayat...jadi cuba jadikan kenangan manis disaat percintaan hangat kasih sayang membara susah payah bersama suka duka asmara indah menjadi benteng untuk mempertahankan rumah tangga bila di landa masalah sebagai suami dan ketua rumah perlu banyak bersabar dan jaga lidah serta berhati-hati ketika membuat sesuatu keputusan kerana sebarang keputusan yang dibuat bakal dirasai oleh banyak pihak bukan diri sendiri sahaja ...isteri anak emak ayah adik beradik dikedua-dua belah pihak kena diambilkira impak daripada keputusan yang yang bakal kita buat...itulah antara salah satu pengajaran yang saya dapat  daripada membuat keputusan.....kesannya mungkin meninggalkan parut yang harus dikenang seumur hidup.

bersambung.............

Khamis, 31 Mac 2011

mujahadah

4 jalan mujahadah

1-uzlah-mengasingkan diri daripada perkara-perkara maksiat dan subahat dan seangkatan dengannya.....

2-jaga lidah -bercakap bila perlu...

3-puasa-perbanyakkan puasa sunat....

4-berjaga malam-1/3 malam  ...mengerjakan solat tahajud dan witir........

Isnin, 28 Mac 2011

'TEMUDUGA TERTUTUP'

Temuduga Sbg “Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:

1. Ahli Syurga Dari Awal.
2. Ahli Neraka Dari Awal.
3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


Empat Ganjaran Lumayan (Khas Untuk Jawatan 1)

1. Nikmat Kubur.
2. Perlindungan Di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga Yang Kekal Abadi.


Tarikh Temuduga:
Bila-Bila Masa Secara Adhoc Bermula Dari Saat Membaca Iklan Ini.

Lokasi Temuduga:
Di Dalam Kubur (Alam Barzakh).

Kelayakan:
Anda Tidak Perlu Bawa Siji-Sijil,Termasuk Sijil Saham Termasuk Saham Internet.
Anda Tidak Perlu Bawa Pingat , Mercedes Mata Belalang Atau Kad Kredit.
Anda Tidak Perlu Bawa Wang Atau Harta Serta Emas Yang Anda Kumpul.
Anda Tidak Perlu Berparas Rupa Yg Cantik, Hensem Atau Berbadan Tegap Atau Seksi.
Sila Bawa Dokumen Asal Iaitu : Iman Dan Amal Serta Sedekah Jariah Sebagai Sokongan.

Panel/Penemuduga:
Mungkar Dan Nakir.
Enam Soalan Bocor:
1. Siapa Tuhan Anda?
2. Apa Agama Anda?
3. Siapa Nabi Anda?
4. Apa Kitab Anda?
5. Di Mana Kiblat Anda?
6. Siapa Saudara Anda?


Cara Memohon:
Anda Cuma Perlu Menunggu Penjemput Yang Berkaliber Untuk Menjemput Anda. Ia Akan Menjemput Anda Pada Bila-Bila Masa Saja (Mungkin Sekejap Lagi). Ia Akan Berlembut Kepada Orang-Orang Tertentu Dan Akan Bengis Kepada Orang-Orang Tertentu. Ia Diberi Nama Izrail
.

Sabtu, 26 Mac 2011

keburukan kacang soya

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrient penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Atas permintaan encik Avid Gunner saya pon wat la research sikit-sikit pasal soya nih.



Tak sangka pulak saya, yang soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Adooii.. saya ni boleh dikatakan peminat soya gak, walaupon tak fanatik. :)



Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:





Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang).



2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita! Errkk?!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).



(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)





Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.



Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.



Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.



(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)





Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.



(4 : link hemaggluttin ni lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)



Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupon sedikit.





Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.



Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.



Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.







Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.



Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!





Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

fikir-fikirkan lar....





---------------------------



yus cakap : Selalu kalo gi pasar malam, soya ngan tau fu fa, tak penah miss.. Kena la tukar menu ni.. Adess~ Bookmark this post:

Isnin, 21 Mac 2011

Sifat dan Korban

Sabda Rasulullah S.A.W :
" SESUNGGUHNYA AKU DI UTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA" -RIWAYAT AHMAD

Sebenarnya sebelum kedatangan islam di Mekah masyarakat arab mengamalkan cara hidup jahiliah, masyarakatnya mempunyai akhlak yang buruk dan melampaui batas kemanusiaan  hingga di katakan kerajaan rom dan parsi pun tidak berminat untuk menakluki tanah arab kerana dikhuatiri cara hidup masyarakat arab jahiliah yang tak bertamadun itu mempengaruhi rakyat mereka. Di ceritakan bahawa orang arab ketika itu sanggup membunuh anak perempuan mereka dengan cara menanam hidup-hidup serta mereka minum arak menggunakan tengkorak manusia dan sanggup membunuh hanya disebabkan perkara yang kecil, kadangkala hanya disebabkan binatang ternakan memakan tanaman tanpa kebenaran tuan tanah boleh menyebabkan pergaduhan dan dendam berketurunan lamanya. Setelah kedatangan  Islam dengan dakwah daripada Rasululah S.A.W masyarakat arab telah berubah menjadi satu tamadun yang gilang gemilang. Sebenarnya tiada cara lain untuk Islam itu cemerlang melainkan dengan mengikut jalan yang telah di tunjukkan oleh pesuruh Allah. Para sahabat nabi S.A.W mengambil 100% cara kehidupan yang di tunjukan oleh nabi Muhammad S.A.W itulah sebabnya awal-awal lagi ketika di hayat para sahabat mereka telah mendapat keredhaan Allah dan ini semua telah dirakamkan di dalam Al Quranulkarim. Telah dirumuskan(ringkasan) 6 sifat sahabat r.a yang utama :

1-Hakikat Lailahaillalah muhamadur rasulullah. Iman yakin yang sempurna Allah swt sahaja yang maha berkuasa makhluk tiada apa-apa dan tiada cara lain untuk berjaya melainkan dengan cara yang di tunjukkan oleh nabi Muhammad saw.
2-Hakikat Sembahyang. Membawa sifat-sifat didalam sembahyang diluar sembahyang dan bersembahyang mengikut cara yang di tunjukkan oleh rasullulah saw iaitu sembahyang dimana azan di azankan. Yakin bahawa sembahyang merupakan anak kunci kepada khazanah allah swt dan penyelesai segala masalah.
3-Hakikat Ilmu dan Zikir.Dengan Ilmu dapat diketahui yang mana sepatut di utamakan dalam amalan agama, yang mana haram dan yang mana halal.Zikir menghubungkan diri dengan Allah ,orang yang berzikir itu hidup disisi allah manakala orang yang tidak berzikir itu mati disisi allah swt.
4-Hakikat Ikram Muslimin. Menunaikan haq saudara tanpa menuntut haq. Hormat  kepada alim ulama ,orang yang lebih tua berkasih sayang dengan rakan dan kanak-kanak.
5-Hakikat Ikhlas niat. Buat sesuatu semata-mata untuk mendapat keredhaan allah.
6-Hakikat Korban/jihad. Korban harta masa diri untuk jalan Allah.

Para sahabat r.a telah korban harta masa diri mereka untuk jalan allah. Abu Bakar r.a telah korbankan seluruh hartanya untuk jalan allah dan hanya tinggalkan allah dan rasul sahaja kepada ahli keluarganya, ini termasuk baju yang di pakainya pun telah di korbankan untuk jalan allah dan beliau telah memakai baju guni yang disemat dengan duri tamar, asbab pengorbanan ini allah swt telah mengirim salam kepada beliau melalui malaikat jibrail dimana semua malaikat telah memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai oleh Abu Bakar ra. Sesungguhnya pengorbanan suci murni para sahabat telah diterima oleh allah swt dan para sahabat ini diibaratkan seperti bintang-bintang di langit .

Hari ini kita lihat dan dengar sikap atau sifat masyarakat Islam telah jauh berubah mereka semakin jauh dari perintah allah dan tidak mengikut jalan yang ditunjukkan oleh pesuruhnya nabi Muhammad saw. Oleh itu  menjadi tanggung jawab semua umat islam supaya menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran , Dakwah ilallah mengajak manusia kepada perintah allah dan mencegah daripada melakukan larangannya.Kasih sayang antara sesama saudara islam pun semakin terhakis, Sesungguh allah swt letakkan kejayaan manusia itu pada amalan agamanya sejuah mana ia taat kepada allah ikut sunah nabi saw.Bina keyakinan Allah swt berkuasa dan  selainnya itu tidak berkuasa. bila allah swt membantu tiada siapa yang boleh mengalahkannya. koraban masa keluar jalan allah 3 hari 40 hari 4 bulan. Insyaalah untuk islah diri dan belajar untuk hidupkan agama dalam diri semoga boleh melahirkan insan yang soleh, isteri dan anak perempuan yang soleha, hafizah ,alimah dan menutup aurat secara sempurna serta melahirkan anak-anak lelaki yang soleh, hafiz, alim. Semoga boleh mengeluarkan semua insan sebegini dari setiap rumah orang islam di seluruh dunia .

Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tak mengubah perangai kita dan tindakan kita menjadi perangai baik dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang baik. Sama-samalah kita ingat mengingati. Ubah diri menjadi seseorang yang baik, supaya kita dapat mencapai kejayaan, seperti yang kita idamkan. Baik kepada orang lain, baik kepada diri sendiri.

 

Ahad, 10 Oktober 2010

pendinding




<>


























Rabu, 6 Oktober 2010

JOM MASAK BURGER

RESEPI MUDAH BUAT UTK ANDA.

JOM MASAK BURGER..

BAHAN2

ROTI BURGER.
PLANTA
DAGING BURGER
SOS LADA HITAM
CILI SOS LONGSON
BAWANG GORENG BLEND
BAWANG MERAH BOMBAY
KOBIS
SERBUK LADA SULAH
MAYONIS

BAKAR DAGING BURGER BRAND RAMLY, SAIZ 70G.

BELAH DUA DAGING TU, MASAK LAGI..

BAKAR ROTI SAPU DGN PLANTA API PERLAHAN SAMPAI GARING JGN HANGIT.

LETAK BAWANG KAT ROTI YG DAH SIAP BAKAR, LETAK KOBIS YG DIMAYANG HALUS, LETAK SERBUK LADA SULAH SERBUK BAWANG GORENG, LETAK SEBELAH DAGING DAHULU, LETAK MAYONIS, LETAK CILI SOS, LETAK LADA HITAM SOS, LETAK SERBUK LADA SULAH LAGI, LETAK BAWANG GORENG LG, LETAK SEBELAH LG DAGING, LETAK SOS CILI, LADA HITAM SOS, MAYONIS, SERBUK LADA SULAH, BAWANG GORENG, LETAK KEPALA ROTI..

APA LG, JOM LA PEKENA DAH SIAP PUN..

SIMPLE DAN SEDAP... BERAPA KALI LETAK DAAAAAAAA

Ahad, 3 Oktober 2010

Panduan Doa Majlis

DOA PERPISAHAN

DOA PERPISAHAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN




________________________________________________


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ يَا رَحْمـنُ يَا رَحِيْمُ

Sempena majlis perpisahan persaraan dan pertukaran pegawai dan kakitangan yang diraikan pada saat ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar mereka diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan , sihat walafiat yang berkekalan.

اَللَّهُمَّ يَا قَهَّارُ

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar mereka dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya.

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبُ

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan dan keredhaan-Mu.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.



{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَأََََََدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلاَبْرَارِ يَا عَزِيْزُ يَا غَفَّارُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ .وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Selasa, 24 Ogos 2010

MADAH HUKAMA

ABAB BERSAHABAT:



Bersahabat biarlah setia. Perasaan sahabat kenalah dijaga. Kepentingannya utamakan dari diri kita. Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa


DUNIA dan AKHIRAT:



a. Perkara yang patut dipandang besar bukan masa depan di dunia tetapi masa depan selepas mati di Akhirat, ia kekal abadi. Buatlah baik tapi lupakan sahaja kerana amalan kita belum tentu diterima, buat jahat jangan dilupakan, agar kita bertaubat, kerana kejahatan itu akan dihukum di Akhirat.




b. Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya.





ORANG YG HALUS PERASAANNYA:



Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.

MUKMIN SEJATI:

a. Orang mukmin yang sejati itu bukan sahaja sangat menjaga mulut, mata, telinga dan lain-lain anggota lahir, tetapi gerakan hati dan fikiran pun sangat-sangat dijaga kerana ia juga terlibat dengan dosa dan pahala.

b. Kalau seseorang itu ghairah sangat menasihati orang lain dengan melupakan diri sendiri menunjukkan perjuangannya itu ada kepentingan diri yang tersembunyi.

c. Sepatutnya orang mukmin itu makin bertambah nikmat, makin bertambah risau kerana nikmat yang sedia ada belum boleh bersyukur, kemudian ditambah lagi nikmat. Ini ditakuti juga tidak akan bersyukur.

d. Orang mukmin yang sejati itu walaupun dia tidak menolak nikmat dunia, tetapi nikmat itu dia tidak jadikan rebutan. Dia boleh bertolak ansur dengan orang lain.

e. Bawalah badan ke mana-mana, tapi hati biarlah dengan Tuhan.

f. Membuang sifat marah tidak mungkin kerana ia fitrah semulajadi manusia.Yang salah melajakkan sifat marah.Allah berfirman maksudnya:Orang mukmin itu membenamkan sifat marah.

g. Janganlah kita macam lalat membawa penyakit, macam nyamuk menggigit, macam anai-anai merosak, macam lintah menghisap darah. Tapi jadilah macam lebah, menghasilkan madu, mengubat penyakit.

h. Sifat Mukmin itu ialah membaiki diri dan kesalahan seseorang, bukan menghina. Kalau tidak mampu, doakan.

i. Sifat Mukmin ialah membaiki diri dan kesalahan seseorang, bukan menghina. Kalau tidak mampu, doakan.

MENGORBANKAN HAK:


a. Di akhir zaman ini, orang selalu memperjuangkan haknya. Kalau tidak dapat boleh jadi masaalah dan perbalahan. Jarang sekali di akhir zaman ini orang yang berjuang mengorbankan haknya demi keredhoan Allah dan khidmat untuk masyarakat.

b. Menghimpun orang untuk mendengar kebaikan adalah mudah, tetapi menghimpun orang untuk membuat kebaikan adalah payah.



HIKMAH:

a. Orang yang berakal tanpa agama adalah sesat, orang yang beragama tanpa akal adalah beku. Kahwinkanlah antara akal dan agama, maka akan lahirlah hikmah.

b. Buah ilmu ialah amal ibadah, buah amal adalah akhlak mulia, buah akhlak ialah Ulfah (ramah mesra)

CINTA DUNIA:

a. Hendaklah kita membuang sungguh-sungguh sifat tamak kerana dengan sifat itulah kita cinta dengan dunia. Apabila kita cinta dengan dunia, kita tidak rasa cukup dengan apa yang ada, sifat tamak dan sifat bakhil datang, akhirnya ia menjadi rebutan. Di sinilah rahsia hilangnya ukhuwah dan sebab timbulnya perpecahan. Hendaklah kita buang sungguh-sungguh.


b. Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tidak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Tuhan kerana ia selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.


c. Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia, yang bersifat sementara,kita akan kehilangan nikmat akhirat yang kekal selama-lamanya. Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran, untuk terlepas daripada kesusahan akhirat, yang berkekalan.


HIBURAN:



Hiburan itu tidak mesti membahagiakan, tapi kebahagian itu sudah pasti menghiburkan.



c. Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.



MENCARI CINTA:



Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.



MANUSIA:

a. Sifat ego lebih banyak pada ulama, zalim ada pada orang berkuasa, pura-pura sifat orang politik, tamak menjadi-jadi pada orang kaya, menunjuk-nunjuk kecantikan mainan pada wanita, kecewa budaya orang papa.


b. Orang yang mengumpat, menghina dan menuduh orang lain itu, sebenarnya mendedahkan kejahatan dirinya, bukan orang yang dikatakan itu.


c. Orang yang paling berjasa kepada kita ialah orang yang menunjukkan kita jalan ke Akhirat.

d. Aneh sungguh manusia ini, dia nampak celanya orang yang tinggal berbatu-batu darinya sedangkan cela diri yang ada pada dirinya sendiri tidak disedari.

MUJAHADAH:


Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi) sulit sekali kerana kita terpaksa menentang diri sendiri.

Tanda kita mementingkan diri sendiri ialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.Tanda kita mementingkan diri sendiri ialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.

MADAH HUKAMA' 2

KAYA dan MISKIN:
a. Kalau kita orang yang mewah, janganlah kita berbangga, kerana Allah boleh mengambil sekelip mata, kalau kita orang yang susah janganlah bersedih Allah hendak meringankan beban kita, dan Allah boleh memberinya bila-bila masa.

b. Zuhud tidak mesti tidak memilik harta, tamak tidak mesti berada,kerana kedua-duanya adalah sifat hati.

KEMEWAHAN dan KESUSAHAN:
a. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu selalunya membawa kepada kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

b. Orang yang tamak tidak akan terasa lagi besarnya nikmat Tuhan. Yang ada, dia seolah-olah tidak nampak lagi apa yang dia ada. Benda yang tiada itulah yang menjadi fikiran dan ingatannya. Sebab itu orang yang tamak selalu saja susahkan apa yang tiada.

c. Orang yang gila dunia diserahkan dunia kepadanya,nescaya dunia itu untuk dia.Bila seorang itu telah benci dengan dunia, serahkanlah dunia kepadanya, nescaya dunia itu dia akan agih-agihkan sesama manusia.

RAHMAT dan ISTIDAJ:
Sekiranya seorang itu, Allah kurniakan kepadanya kesenangan dan kemewahan, dengan rahmatNya ia akan selamat sekiranya ia diberi atas dasar istidraj, dia tidak akan selamat daripada sombong, megah, tamak, pembaziran dan lain- lain lagi.

BERSYUKUR DENGAN NIKMAT:
a. Anggaplah nikmat dunia yang Allah beri itu kita tidak layak menerimanya tetapi Allah Taala beri untuk menguji kita apakah kita boleh bersyukur padaNya.

b. Di antara perkara yang pelik ialah si bakhil selalu keluh kesah sekalipun kaya, manakala si pemurah berlapang dada dan tidak pernah papa.

MELIHAT KESUSAHAN ORANG:
a. Melihat orang susah biasa sahaja, tidak terasa simpati dengan kesusahan adalah salah, kalau mampu membantu tetapi tidak membantu lagilah bersalah.bukan sahaja sikap itu dibenci Tuhan, dia sudah tidak lagi perikemanusiaan.

b. Bersimpati dengan fakir miskin mudah, duduk dengan fakir miskin susah.Yang paling susah hidup secara orang miskin.

IKHLAS:
Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

MARAH:
Jika kita marah kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kebaikannya. Begitu juga jika kita suka kepada seseorang jangan sampai tidak nampak lagi kelemahannya

KEKUATAN SEDEKAH






Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"



Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),



Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),



Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),



Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),



Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".



Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlastanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.


Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".



Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


GANJARAN BERSEDEKAH

Rasulullah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW.:




Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".{Qs. Al Lail (92) : 5-8}



Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs. Al Baqarah (2) : 261}



Rasulullah SAW bersabda,"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".




TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. :





"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".





"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".





Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.





Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???



Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.





Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga di sis i Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sis i Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.





SEDEKAH YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :


"Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak sha lih yang mendo'akannya"(HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).



Jadilah dari "sejuta artikel" dengan meneruskan artikelini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkandari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayah, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

Dari Abdullah bin 'Amru ra, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".



Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.






<>
Tambah kapsyen

Isnin, 23 Ogos 2010

MADAH HUKAMA'

PEMURAH:

Pemurah tidak mesti setelah kaya, kerana pemurah itu bermacam-macam caranya, dengan harta, dengan kemesraan, dengan senyum, dengan fikiran, dengan ilmu pengetahuan, dengan tenaga, dengan kemaafan, dengan berlebih kurang, dengan bertolak ansur, dengan lapang dada,



MISKIN:

Banyak orang boleh bantu orang miskin, TETAPI tidak banyak orang yang boleh duduk dengan orang miskin. Lebih-lebih lagi hidup macam orang miskin.



KAYA:

Bila hati rasa cukup dengan apa yang ada, tidak susahkan apa yang tiada, itulah kaya namanya.



NASIHAT MENASIHATI:

Lebih baik kena nasihat daripada memberi nasihat, kerana memberi nasihat susah hendak menjaga daripada merasa kelebihan diri. Baik di luar rosak di dalam, SEPERTI tiang yang nampak di luar bersih dan berkilat TETAPI di dalam penuh dengan bubuk dan ulat.



UJIAN:

Di antara rahmat Tuhan kepada hamba-Nya,apabila dia selalu diuji dengan bala supaya hidup rasa bertuhannya. Agar dia mengharapkan pertolongan Tuhannya. Mengaku bersalah, mengaku berdosa kerana itulah dia dibala. Perasaan itulah yang Tuhan mahu kepada hamba-hamba-Nya.



Hukuman Allah itu ada pengajaran dan memberi kesan. Hukuman manusia membebankan dan tidak ada kesan. Bahkan secara umumnya, orang yang kena hukum itu membalas dendam berpanjangan.





PEMARAH:

Di antara tanda orang yang sombong itu: cepat melahirkan sifat marah. Suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah, nampak di mukanya rasa tidak senang, jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis: cakap meninggi suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.





IBADAH:

Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.

Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.



SENYUM:

Senyum mudah sahaja, namun ia lebih mahal daripada memberi duit, kerana ia boleh membawa kasih sayang dan kemesraan. Sebab itu syariat menganggap senyum itu sedekah, senyumlah selalu apabila bertemu.



RASA BERSALAH:

Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah, dia yang rasa bersalah Orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa.



CINTA:

Kalau seseorang jatuh hati kepada seseorang kerana kecantikannya, menunjukkan kasih sayang berdasarkan nafsu. Jika seseorang itu jatuh hati kepada seseorang atas dasar akhlaknya menunjukkan orang itu dirangsang oleh fitrahnya yang masih murni. Ini lebih bersih dari yang di atas.



Dunia dan segala nikmatnya macamlah anak gadis yang cantik, jarang manusia tidak digodanya, siapa yang punya dunia, tapi dunia tidak menodainya, dia adalah manusia luar biasa.



POLITK DAKWAH:

Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak, laksana menghidangan makanan yang enak kepada tetamu, TETAPI ianya diberi secara dilemparkan.

Ahad, 18 Julai 2010

kenaikan harga-Langkah untuk masa depan

ARKIB : 18/07/2010-utusan malaysia online




Langkah untuk masa depan



Setiap kali harga petrol dinaikkan sudah pasti ia akan menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan masyarakat. Beberapa tahun lalu kenaikan mendadak harga bahan api itu secara tidak langsung telah mendorong kenaikan harga pelbagai barangan lain mengakibatkan rakyat begitu marah kerana bebanan akibat kenaikannya begitu dirasai.



Namun, apabila kerajaan bertindak menurunkan kembali harga minyak berikutan harga pasaran petrol kembali normal ia dilihat melegakan hati masyarakat.



Kini sekali lagi kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga petrol RON 95 sebanyak lima sen kepada RM1.85. Bukan itu sahaja, harga gula dan gas LPG turut sama dinaikkan.



Timbul persoalan apakah punca yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga ketiga-tiga barangan keperluan tersebut apatah lagi ia dilakukan secara mengejut dan dilihat agak drastik.



Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD.FAIRUZ YUSOF dan jurugambar, RUSDI SALLEH telah, menemui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri YAAKOB bagi mendapat gambaran sebenar rasional kerajaan bertindak demikian.



Beliau yang ditemui di Kuantan pada Jumaat lepas menerangkan langkah kerajaan itu bertujuan semata-mata demi pembangunan rakyat Malaysia.









Saya ingin maklumkan walaupun telah membuat penyelarasan harga dan beberapa subsidi telah dikurangkan tetapi kita masih lagi menanggung subsidi sebanyak RM7.8 bilion.



--------------------------------------------------------------------------------







MINGGUAN: Boleh Datuk Seri jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan penyelarasan subsidi?



ISMAIL: Ada pelbagai



anggapan tentang penyelarasan subsidi, tetapi ia melihat semula dari segi segala keperluan subsidi yang mana patut diteruskan dan yang mana subsidi patut dikurangkan.



Makmal Penyelarasan Subsidi melihat secara menyeluruh. Jadi dalam penyelarasan itu, ia mengkaji dan melihat kepada keperluan yang mana perlu dikekalkan dan kurangkan secara keseluruhan.



Subsidi ini mempunyai dua jenis iaitu secara langsung dan tidak langsung. Subsidi secara tidak langsung ini seperti bahan pertanian dan pendidikan manakala secara langsung pula adalah petrol, diesel gas LPG, minyak masak, gandum, gula dan beras ST 15.



Bagaimana penyelarasan subsidi yang kemudiannya membawa kenaikan harga minyak, gula dan LPG memberi manfaat kepada rakyat?



ISMAIL: Dari segi jangka panjang, secara keseluruhan kita lihat defisit negara akan berkurangan. Tanggungan negara terhadap subsidi itu akan berkurangan. Selain itu ia juga bagus kepada ekonomi negara. Sekarang ini subsidi tersebut tidak dapat dinikmati oleh semua pihak. Misalnya petrol, tidak semua masyarakat merasa nikmat hasil daripada subsidi petrol. Orang kampung yang tiada kereta dan mereka berada di pedalaman cuma memiliki basikal sahaja dan ia tidak menguntungkan kepada golongan itu.



Kalau dibuat perbandingan golongan kaya mungkin mempunyai tujuh kereta dan golongan berpendapatan rendah mungkin memiliki sebuah motosikal sahaja. Dengan penyelarasan semula subsidi kita mengurangkan subsidi petrol misalnya, hasil daripada penjimatan itu boleh digunakan untuk pembangunan masyarakat miskin. Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengumuman mengenai harga subsidi itu, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berkaitan dengan orang miskin, masyarakat luar bandar dan kebajikan mempunyai NKRA tertentu yang mana memerlukan kewangan besar. Jadi, ia baik kepada masyarakat dan sebahagian penjimatan itu akan dipulangkan kepada golongan miskin seperti menambah kemudahan prasarana mereka di pedalaman.



Apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri adalah jelas iaitu menambah biasiswa. Anak-anak golongan miskin akan dapat kemudahan itu. Hal itu juga dapat menambah klinik 1Malaysia dengan cadangan memperbanyakkan klinik bergerak yang boleh memasuki kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman. Ia dapat manfaat kepada golongan miskin. Begitu juga dalam meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang di Sarawak, Sabah dan Semenanjung untuk merapatkan jurang harga antara bandar dan luar bandar kerana kerajaan perlu membayar kos pengangkutan untuk membawa barangan ke sana.



Perkara itu memberi keuntungan kepada penduduk luar bandar . Sebagai contoh penduduk di rumah panjang di kawasan hulu di Sarawak, mereka tidak memiliki motosikal sebaliknya mempunyai perahu atau sampan sebagai pengangkutan utama. Kita beri berapa banyak subsidi petrol kepada mereka yang tentunya memberi kenikmatan kepada golongan itu. Justeru, dengan mengambil sebahagian daripada subsidi petrol, secara tidak langsung ia dapat mensubsidikan kos pengangkutan untuk mengangkut barangan makanan dan keperluan kepada mereka. Jadi apabila harga sesuatu barangan itu tinggi dan membebankan mereka akan dapat nikmatnya dengan subsidi yang diberikan. Oleh itu, dari segi jangka pendek dan jangka panjang akhirnya memberi keuntungan kepada rakyat.



Adakah sebarang kajian mengenai kesan kenaikan harga barangan keperluan terhadap rakyat dibuat sebelum Kabinet memutuskan untuk menyelaraskan subsidi dan menaikkan harga petrol, gula dan LPG?



ISMAIL: Kerajaan sebenarnya telah melakukan kajian melalui Makmal Liberalisasi. Selain pada hari terbuka yang dibuat di KLCC, kita juga membuka kepada pandangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), online, Facebook dan sebagainya bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada orang ramai. Antaranya, orang ramai memberi pandangan misalnya gula yang sepatutnya dinaikkan kerana tidak ada sebab kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM1 bilion kerana gula tidak mendatangkan kesan yang baik kepada kesihatan.



Begitu juga dari segi impak kenaikan kepada pendapatan rakyat termiskin. Contohnya gula, dengan kenaikan barangan itu berapa sen yang terlibat dan kesan kepada makanan-makanan manis yang dijual di pasaran. Rata-rata kita lihat ia melibatkan kenaikan antara satu hingga dua sen sahaja. Kenaikan minyak sebanyak lima sen. Kesan kepada barang adalah 0.003 sen. Jadi kita telah mengira impak kepada rakyat secara individu maka bebanan itu terlalu sedikit dan tidak dapat dirasai. Contohnya gula naik 25 sen, paling tinggi orang kampung gunakan barangan itu dalam sebulan mungkin sebanyak dua kilo dan perbezaan dalam 50 sen. Pertambahan sebulan adalah sebanyak itu. Walaupun ada penambahan tetapi tidak dinafikan ia tidaklah besar.



Sejauh mana keperluan menaikkan harga barangan tersebut?



ISMAIL: Sebagai perbandingan barangan seperti gandum dan beras ST 15 ia adalah barangan keperluan. Keperluan itu melebihi gula. Contohnya beras ST 15, sebab ia tidak memberikan kesan buruk kepada pengguna. Antara beras dan gula, kita naikkan gula; antara gandum dan gula, kita naikkan gula sebab gandum digunakan untuk membuat roti.



Gandum ini tidak seburuk seperti gula. Gula ini nampak dari segi kesihatan. Perdana Menteri ada sebut Malaysia antara negara tertinggi penghidap penyakit kencing manis iaitu 14 peratus berbanding Amerika Syarikat yang hanya sekitar tujuh peratus dan ia meningkat dengan jelas beberapa tahun.



Sekiranya kerajaan menaikkan harga gula, adakah kemungkinan jumlah pesakit kencing manis ini dapat dikurangkan?



ISMAIL: Saya harap rakyat menukar tabiat makanan. Jangan terkejut apabila harga gula naik tetapi tidak menukar tabiat masing-masing. Apabila mendengar kenaikan itu, rakyat sepatutnya mula menjauhi atau mengurangkan penggunaan makanan yang manis. Hasrat kerajaan untuk melihat rakyat lebih sihat akan berjaya. Seperti rokok, apabila kerajaan menaikkan harga rokok tujuannya adalah untuk mengurangkan tabiat menghisap rokok tetapi kalau dikekal harga ia akan mengekalkan penyakit sedia ada dan memberi bebanan kepada perokok. Saya berharap pengguna bijak membuat penilaian dan menjaga kepentingan diri melebihi kepentingan lain.



Bagaimana kementerian dapat memastikan keputusan Kabinet tidak menimbulkan kesan rantaian terutamanya kenaikan harga barangan dan makanan seperti yang terjadi sebelum ini?



ISMAIL: Kita telah buat kajian contohnya teh tarik. Kesan kepada kos dengan kenaikan harga gula sebanyak 25 sen hanya melibatkan 1.2 sen. Begitu juga secawan Milo hanya naik 0.7 sen; biskut coklat 0.6 sen; kuih seri muka 0.2 sen dan minuman Coca Cola hanya 4.1 sen. Kalau mengikut pada kadar itu kesannya dilihat sedikit kecuali susu kordial F&N 5.5 sen dan krimer pekat manis 5.6 sen. Untuk memastikan harganya tidak naik, kementerian telah membuat simulasi harga ini tetapi mungkin ada peniaga yang ingin mengambil kesempatan.



Justeru, pada 19 Julai ini (esok) kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan persatuan kedai makan, persatuan industri kecil dan sederhana (IKS) dan persatuan pengeluar-pengeluar makanan dan minuman. Langkah tersebut dibuat supaya mereka dapat berbincang dengan kementerian untuk tidak menaikan harga. Dalam masa sama kita memantau kedai-kedai makan dan sebagainya dengan penglibatan pegawai-pegawai penguatkuasa. Pemantau harga kementerian akan turun padang dalam tempoh dua tiga minggu ini untuk memastikan kenaikan mendadak tidak akan berlaku.



Sejauh mana kemampuan pasukan penguat kuasa harga untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku?



ISMAIL: Saya percaya apabila kenaikan harga ini berlaku maka kes-kes menyorok barangan dan penyeludupan akan berkurangan. Apabila harga dinaikkan, perbezaan harga itu dengan negara jiran masih lagi tinggi tetapi sudah semakin berkurangan. Ia juga termasuk di pasaran gelap apabila kes-kes penyeludupan dan jualan di pasaran itu dapat dikurangkan. Isu kekurangan gula ini tidak akan timbul selepas ini dan ia merupakan tindakan baik kerana peniaga baru-baru ini merungut berikutan kekurangan bekalan itu.



Disebabkan masalah itu, ia dicatu dan sebagainya dan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan perniagaan. Berbanding dahulu, apabila gula tidak cukup mereka terpaksa membayar pada harga mahal sebab peniaga-peniaga runcit ini mengambil kesempatan. Peniaga runcit ini mengenakan syarat seperti kalau hendak lebih kena bayar lebih. Jadi penipuan-penipuan tentang harga gula berlaku dan kita dengar kalau hendak beli gula kena ikut syarat. Syaratnya kena beli barangan lain lebih RM50 baru boleh dapat gula. Jadi pengguna pun menghadapi masalah dan yang menguntungkan adalah peruncit. Tetapi sekarang ini tidak ada sebab perkara itu berlaku lagi kerana gula dijangka akan tetap cukup di pasaran.



Dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lalu adakah disentuh tentang kenaikan harga barangan?



ISMAIL: Kita telah menjalankan kajian dan impak, maka keputusan terhadap perkara ini telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet yang lepas. Jadi segala masalah dan kes-kes yang kita bincang itu telah dilakukan sebelum kenaikan. Mungkin dalam sebulan lagi saya akan bentangkan nota kepada Kabinet, mungkin kajian kementerian apakah senario kenaikan selepas sebulan kenaikan beberapa barangan tersebut.



Mengenai kenaikan harga minyak ini, adakah ia dipengaruhi oleh harga pasaran semasa atau sebaliknya?



ISMAIL: Impak sekarang kerajaan masih lagi menanggung subsidi. Saya ingin maklumkan walaupun telah membuat penyelarasan harga dan beberapa subsidi telah dikurangkan tetapi kita masih lagi menanggung subsidi sebanyak RM7.8 bilion. Bukan maknanya kita kurangkan subsidi kita hapuskan terus. Kita mengurangkan subsidi sedikit sahaja. Contohnya macam petrol dan diesel masing-masing lima sen.



Gula pula, walaupun naikkan harga gula dari RM1.65 kepada RM1.90 kerajaan masih lagi menanggung sebanyak 49 sen untuk setiap kilogram gula. Maknanya kerajaan masih lagi menanggung subsidi itu. Oleh itu, rakyat tidak boleh beranggapan bahawa kerajaan tidak menanggung apa-apa.



Adakah kenaikan itu akan menjadi senjata kepada parti pembangkang untuk menyerang kerajaan?



ISMAIL: Parti pembangkang kalau turun harga sampai rendah pun nanti dikatakan kerajaan tidak cekap dari segi pengurusan ekonomi dan akan mendakwa defisit ekonomi sudah tinggi. Mereka akan cakap apa saja walaupun kerajaan membuat pelbagai perkara demi kepentingan rakyat.



Namun apabila kita melihat di negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang tidak ada yang percuma malah beberapa cukai dinaikkan dan ini membebankan rakyat. Walaupun kita buat penyelarasan subsidi dan kerajaan masih menanggungnya, harga di negara ini jauh lebih murah daripada negara jiran. Ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini masih hidup dalam keadaan selesa berbanding negara jiran yang lain.

Kenaikkan harga minyak, gula dan Gas : Rakyat Ditipu! Kroni di dahulukan!

Kenaikkan harga minyak, gula dan Gas : Rakyat Ditipu! Kroni di dahulukan!


Saturday, 17 July 2010

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mengecam tindakan Kerajaan Malaysia meningkatkan harga minyak petrol diesel, petroleum gas cair dan gula yang berkuatkuasa mulai hari ini. Sudahlah harga makanan sedang melambung tinggi, sekarang harga petrol dan yang lain pula dinaikkan. Bukankah ini akan menyebabkan harga makanan naik lagi dan kos hidup rakyat meningkat? Tindakan PM Dato Seri Najib yang tidak bertanggungjawab ini memang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang PM yang gagal untuk melindungi kebajikan rakyat.







Rakyat dibodohkan! Kroni Didahulukan!



Alasan kerajaan adalah, ini langkah pertama Program Rasionalisasi Subsidi. Menurut PM penyelarasan semula harga barang itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara. kerajaan tidak mampu membayar subsidi dan sebaliknya duit subsidi akan digunakan untuk pembangunan. Inilah yang dikatakan setiap kali harga petrol dinaikkan. Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan rakyat yang lebih memerlukannya. Sehingga kini, rakyat tidak pernah menikmati apa yang kerajaan janjikan.Manakala, setiap kali kerajaan hanya umumkan kenaikan harga barang. Persoalannya penyelarasan subsidi ini untuk siapa? Rakyat ke atau Kroni BN?



Kenaikan Harga Minyak dan Gula yang Berterusan walaupun Malaysia adalah Pengeluar!







Pada 2006 apabila harga petrol dinaikkan sebanyak 30 sen, pihak Kerajaan mendakwa sebanyak 4 billion akan dapat dijimatkan dan pengangkutan awam akan dipertingkatkan. Kini, setelah 4 tahun, kita tidak nampak apa-apa perubahan dan tiada sebarang pembaikan dalam pengangkutan awam negara. Manakala, Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan. Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberikan tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan







Jika harga petrol dan gula naik, semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik. Kos hidup rakyat akan naik. Apa yang akan berlaku kepada rakyat yang kebanyakkannya berpendapatan rendah? kos hidup rakyat akan naik 100% dengan kenaikkan ini akibat kesan rantaian (chain reaction) apabila harga minyak naik.







Persoalannya di sini, kita negara pengeluar petrol, dalam pada itu kenapa rakyat Malaysia harus bayar harga pasaran dan bukannya harga yang lebih rendah untuk petrol. Bukankah petrol adalah sumber negara dan sumber negara adalah kepunyaan rakyat dan bukannya syarikat swasta. Pihak Kerajaan asyik mengatakan harga minyak di negara kita yang paling rendah di Asia Tenggara. Ini adalah satu penipuan. Rakyat Brunei membayar harga minyak yang lebih rendah kerana negara itu adalah pengeluar minyak. Dan kenapa ambil Singapura dan Thailand sebagai perbandingan memandangkan negara tersebut bukan pengeluar minyak.







Satu lagi persoalan, apakah yang berlaku dengan untung Petronas ? Keuntungan ini digunakan untuk apa ? Kenapa untungnya tidak boleh digunakan untuk subsidi petrol untuk rakyat Malaysia? JERIT mencabar pihak Kerajaan supaya menunjukkan akaun Petronas kepada rakyat Malaysia. Ini selaras dengan janji Perdana Menteri yang mahukan sebuah kerajaan yang telus.



Hapuskan Pembaziran! Bukan Membebankan Rakyat!







Sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional. Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010. Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri. Selain daripada itu, pembinaan istana yang baru berjumlah berbillion ringgit juga membawa kepada pembasiran duit rakyat?







Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera. Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.







Kerajaan yang tidak mampu melindungi kebajikan Rakyat harus dijatuhkan!



JERIT ingin mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa, rakyat tidak harus ditipu lagi! Sekiranya kerajaan BN dibawah PM Najib tidak mampu melindungi rakyat maka ianya harus dijatuhkan dengan segera. Kerajaan BN langsung tidak mempunyai kemahiran untuk memerintah Negara dengan lebih telus dan bertanggungjawab. Mereka adalah perosak Negara yang telah memerintah Negara atas dasar berkhidmat untuk kapitalis dan kroni dengan menipu dan memangsakan rakyat!







Apabila rakyat tuntut akta gaji minima , kerajaan kata ”tak boleh nanti inflasi naik”. Tetapi apabila kapitalis tuntut harga petrol naik, kerajaan kata boleh, tidak apa sebab inflasi naik sedikit sahaja. Jelas di sini kerajaan ini hanya pentingkan kapitalis dan bukan rakyat jelata !







Kuasa rakyat harus diperkasakan untuk menuntut satu kerajaan yang berjiwa rakyat, untyuk menjatuhkan kerajaan BN ini. Jom kita bantah dan protes kenaikan harga minyak, gula, dan gas untuk menunjukkan kuasa rakyat adalah kuasa penentu!